MANGSA yang cedera dihantar ke hospital di Villa del Rosario. FOTO Agensi
AFP

CARACAS: Sekurang-kurangnya 18 penumpang maut selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di kawasan pedalaman Zulia di barat Venezuela, semalam.

“Seramai 14 mangsa maut di tempat kejadian dan 33 mangsa cedera dihantar ke hospital di Villa del Rosario. Empat mangsa meninggal dunia di hospital,” kata polis dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan salah sebuah tayar pecah ketika bas itu bergerak dengan laju.

Saksi kejadian memberitahu akhbar Panorama bas itu membawa seramai 58 penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 3:22 PM