VANESSA Angel. FOTO Agensi
Agensi

SURABAYA: Aktres kontroversi Indonesia, Vanessa Angel menangis selepas sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dijangka dibebaskan pada hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Januari lalu.

“Menerima,” kata Vanessa kepada ketua panel hakim ketika ditanya sama ada dia menerima atau mahu merayu keputusan berkenaan.

Vanessa ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.

Aktres itu bersama seorang lagi tertuduh dilaporkan terbabit aktiviti pelacuran dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 11:20 AM