AFP

LA HIGUERA (CHILE): Penduduk di Chile dan Argentina semalam tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku.

AFP melaporkan, kebanyakan mereka memenuhi kawasan utara wilayah Coquimbo berhampiran gurun Atacama yang mempunyai teleskop paling jelas untuk melihat gerhana berkenaan.

Selain itu, orang ramai turut membanjiri bandar La Higuera dan berpeluang melihat fenomena berkenaan selama 2 minit 36 saat berhampiran lokasi mercu tanda terkenal, Pusat Cerapan La Silla.


PENDUDUK tak melepaskan peluang untuk melihat fenomena gerhana matahari. FOTO/AFP

Pusat cerapan yang terletak di kawasan cuaca kering itu menjadi lokasi utama bagi peminat astronomi.

“Fenomena ini jarang dilihat di pusat cerapan dan kali terakhir ia berlaku pada 1991 di pusat cerapan Mauna Kea, Hawaii,” kata pakar astronomi, Matias Jones di La Silla.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 1:47 PM
KEADAAN gerhana matahari penuh.