Carrie Lam cuba mengembalikan ketenteraman di Hong Kong. FOTO REUTERS
Carrie Lam cuba mengembalikan ketenteraman di Hong Kong. FOTO REUTERS

Reuters

HONG KONG: Pemimpin pro-Beijing Hong Kong, Carrie Lam berkata usaha kerajaan melaksanakan rang undang-undang ekstradisi ke China satu kegagalan dan dimansuhkan sepenuhnya, hari ini.

Namun, percubaan Lam untuk mengembalikan ketenteraman di Hong Kong dan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong gagal meyakinkan penunjuk perasaan.

Sebaliknya, penunjuk perasaan menuduh Lam bermain dengan kata-kata dengan mengisytiharkan rang undang-undang itu sudah ‘mati’.

Lam mengakui masih ada keraguan terhadap keikhlasan kerajaan atau wujud kebimbangan kerajaan akan memulakan semula proses dalam dewan perundangan.

"Jadi, saya ulang lagi di sini, rancangan sedemikian tiada, rang undang-undang itu sudah ‘mati’," kata Lam pada sidang akhbar.

Sementara itu, penunjuk perasaan menuntut Lam meletakkan jawatan selain meminta siasatan terhadap tindakan polis ke atas peserta.

Rang undang-undang berkenaan membolehkan penduduk Hong Kong dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, mencetuskan bantahan jalanan besar-besaran dan menyebabkan huru-hara.

ends.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 1:16 PM