PAPARAN klip dari permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA 5).
PAPARAN klip dari permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA 5).
Agensi

ISLAMABAD: Seorang ahli politik Pakistan menjadi bahan jenaka di media sosial selepas dia memuji juruterbang kerana menyelamatkan pesawat yang sebenarnya adalah klip dari permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA 5).

“Sebuah pesawat diselamatkan dan ia kemungkinan boleh ditimpa bencana besar. Sikap tenang oleh seorang juruterbang berjaya melakukan tindakan menakjubkan itu,” tulis Setiausaha Agung Parti Awami Tehreek (PAT), Khurram Nawaz Gandapur menerusi akaun Twitter, minggu lalu.

Video itu secara jelasnya adalah satu simulasi yang menunjukkan pesawat Airbus A380 berkenaan terbang di udara sebelum mendarat di landasan dan hampir melanggar sebuah lori tangki.

Beberapa netizen mengecamnya di ruang komen akaun media sosial itu sebelum hantaran itu dipadam.

Pencipta video berkenaan turut memberi reaksi sambil memberitahu dia menghasilkannya kira-kira tiga tahun lalu ketika tahun pertama pengajian dalam diploma animasi.

“Ia adalah sesuatu yang baik apabila ada orang mempercayainya,” tulisnya.

PENULISAN Khurram di Twitter miliknya berkenaan klip itu.
PENULISAN Khurram di Twitter miliknya berkenaan klip itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 9:37 PM