LIBONATI dipenjarakan semula. FOTO/AGENSI
Agensi

 

Seorang lelaki berusia 68 tahun yang baru dibebaskan dari penjara Pasco County di Land O' Lakes, Florida, ditangkap semula selepas cuba mencuri kereta dari tempat letak kereta berbeza, kata pihak berkuasa.

New York Post melaporkan, Dennis Libonati dari White Plains, New York, memecah masuk 26 kereta yang berbeza termasuklah dua kenderaan milik pejabat syerif iaitu trak pikap Dodge Ram dan Kawasaki Mule ATV.

Apabila tertangkap, Libonati mengaku dia memecah masuk ke dalam semua kenderaan dengan tujuan "mencuri kenderaan yang boleh digunakannya untuk pulang," kata afidavit berkenaan.

Dia dihantar semula ke penjara yang baru beberapa jam ditinggalkannya selepas pihak berkuasa menyemak maklumat mengenainya.

Libonati berhadapan dengan 28 pertuduhan iaitu cuba mencuri kenderaan (26 kes), masuk ke dalam kenderaan orang lain tanpa izin (1) dan kecurian besar membabitkan ATV (1).

Dia juga melanggar percubaan yang membuatnya dihantar kembali ke penjara pada hari sama dia dibebaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 10:57 PM