PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte. FOTO EPA
AFP

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang pernah membuat kenyataan kontroversi mengenai rogol dan wanita, menerima kecaman hebat kerana meluluskan undang-undang gangguan seksual.

Duterte pernah beberapa kali dituduh melakukan gangguan seksual, menandatangani undang-undang yang melarang tingkah laku seperti siulan dan kata-kata seksis pada April lalu.

Undang-undang itu mengenakan denda atau hukuman penjara terhadap pesalah gangguan seksual di tempat awam, sekolah dan pejabat.

Ia juga termasuk siulan, meraba, mengeluarkan kata-kata membenci terhadap wanita serta komen atau tingkah laku membabitkan penampilan seseorang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu pernah bersiul terhadap seorang wartawan wanita pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung di seluruh negara pada 2016.

Tahun lalu, Duterte mencetuskan kontroversi kerana mencium bibir seorang wanita Filipina di atas pentas ketika melawat Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 3:39 PM
Skip this ad x