GAMBAR HIASAN
AFP

LONDON: British Airways menggantung operasi penerbangannya ke Kaherah selama tujuh hari bermula semalam sebagai langkah keselamatan.

AFP melaporkan, syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa sebelum itu turut melakukan perkara sama bagi penerbangan dari Munich dan Frankfurt semalam tanpa menjelaskan alasan mereka.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat itu berkata operasi akan kembali normal hari ini.

Menurut British Airways pula, mereka tidak akan beroperasi kecuali keadaan dijamin selamat.

“Kami sentiasa mengkaji faktor keselamatan di lapangan terbang seluruh dunia dan menggantung operasi penerbangan ke Kaherah selama tujuh hari bagi membolehkan perkara itu diteliti lebih lanjut.

“Keselamatan pelanggan dan kru penerbangan sentiasa menjadi keutamaan dan kami tidak akan beroperasi sehingga ia disahkan selamat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 11:03 AM