KAWASAN di Chile yang dilanda gempa bumi. FOTO/USGS
Reuters

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kawasan pantai Chile semalam, tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan.

“Gegaran itu pada mulanya dicatatkan berukuran 6.5 magnitud yang berlaku kira-kira 140 kilometer barat daya di bandar Valparaiso di tengah Chile. Gempa itu sangat cetek di bawah dasar laut,” kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pejabat Kecemasan Kebangsaan Chile dalam satu kenyataan berkata, setakat ini tiada kecederaan, kerosakan atau gangguan kepada kemudahan asas dilaporkan.

“Maklumat yang diterima daripada tentera laut juga mendapati gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami,” kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 10:42 AM