BOGDANOV ditikam 27 kali hingga mati kerana lewat membayar nafkah. FOTO Agensi
BOGDANOV ditikam 27 kali hingga mati kerana lewat membayar nafkah. FOTO Agensi
Agensi

MOSCOW: Berang dengan menantu yang lewat membayar nafkah menyebabkan wanita nekad menikam lelaki itu 27 kali hingga mati sebelum mengerat kemaluan mangsa dan mencampaknya keluar tingkap, di Nogorod, Russia.

Daily Mail melaporkan, kejadian ngeri itu berlaku ketika mangsa, Dmitry Bogdanov, 32, berada di rumah bekas ibu mentuanya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

Wanita yang tidak dinamakan itu menuduh mangsa gagal membayar nafkah dan membantu anak perempuan dan cucu lelakinya.

Dia kemudiannya menikam mangsa dengan pisau pemotong, manakala teman lelaki turut menyerang Bogdanov selepas itu sebelum kemaluannya dikerat dan dibuang keluar.

Wanita berusia 49 tahun dan teman lelakinya yang ditahan polis selepas itu sudah membuat pengakuan melakukan jenayah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 12:31 PM