GAMBAR hiasan
Reuters

SAN FRANCISCO: Twitter Inc dan Facebook Inc menggantung akaun akaun media sosial dari tanah besar China yang ingin menjejaskan demonstrasi di Hong Kong.

Menurut Twitter, ia sudah menggantung 936 akaun yang disyaki dikendalikan oleh beberapa pihak di China, lapor Reuters.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada 200,000 akaun yang sudah digantung sebelum ia menjadi lebih aktif.

Manakala Facebook pula berkata ia sudah mengeluarkan akaun dan laman daripada rangkaian lebih kecil selepas menerima maklumat daripada Twitter.

Siasatan yang dilakukan mereka mendapati akaun terbabit mempunyai kaitan dengan beberapa individu yang ada hubungan dengan kerajaan China.

Bantahan di Hong Kong menjadi cabaran terbesar kepada Presiden China, Xi Jinping sejak mengambil alih kuasa pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 11:14 AM