INISIATIF pembersihan yang diterajui kerajaan di Everest itu berjaya mengumpulkan lebih 10 tan sampah. FOTO Pixabay
AFP

KATHMANDU: Penggunaan plastik tunggal sudah lama diharamkan di rantau Everest bagi mengurangkan jumlah sampah yang ditinggalkan oleh pendaki gunung, kata pihak berkuasa Nepal, hari ini.

Selain merekodkan jumlah pendakian tahun ini, inisiatif pembersihan yang diterajui kerajaan di Everest itu berjaya mengumpulkan lebih 10 tan sampah.

Larangan terbaharu di bandar pedalaman Khumbu Pasang Lhamu dan beberapa kawasan pergunungan lain yang diliputi salji, meliputi semua jenis plastik serta botol minuman plastik, dan akan berkuat kuasa pada Januari depan.

“Jika kami memulakannya sekarang akan membantu mengekalkan rantau kami, Everest dan pergunungan lain dalam keadaan bersih untuk jangka masa panjang,” kata pegawai tempatan, Ganesh Ghimire kepada AFP.

Rantau ini menerima lebih 50,000 pelancong setiap tahun, termasuk pendaki dan pengembara.

Kerajaan tempatan akan bekerjasama dengan syarikat pendakian, syarikat penerbangan dan Persatuan Pendaki Nepal untuk menguatkuasakan pengharaman itu.

Walaupun begitu, sebarang denda belum lagi diputuskan jika melanggar undang-undang berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 9:37 PM