LAYANG-LAYANG adalah sukan popular di India. FOTO Pixabay
AFP

KEJADIAN mengerikan itu adalah insiden kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Layang-layang adalah sukan popular di India, tetapi ia bertukar menjadi berbahaya sejak kebelakangan ini, apabila orang ramai menggunakan tali disalut serbuk kaca atau logam bagi memutuskan tali layang-layang pesaing.

Angka kematian dan kecederaan akibat insiden itu, dilaporkan meningkat semasa Hari Kemerdekaan India yang berlangsung setiap 15 Ogos, apabila orang ramai secara tradisinya menerbangkan layang-layang yang dicat dengan warna menyamai bendera India.

Time Of India yang memetik seorang doktor berkata, dalam insiden terbaru, kanak-kanak perempuan itu sedang dalam perjalanan ke sebuah kuil bersama bapanya, apabila tali itu memotong hampir separuh lehernya.

Sebelum ini, seorang jurutera berusia 28 tahun maut, semasa Hari Kemerdekaan selepas lehernya terkena tali layang-layang ketika sedang menunggang motosikalnya di New Delhi.

Kira-kira tiga tahun lalu, pihak berkuasa mengharamkan pengeluaran, jualan dan simpanan tali yang diubahsuai menjadi tajam.

Sesiapa yang ditangkap dengan memiliki tali seumpama itu bakal berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda 100,000 rupee (RM5,867).

Bagaimanapun, beberapa kejiranan di sekitar New Delhi masih ingkar dengan menjual tali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 10:16 PM