PENUNJUK perasaan prodemokrasi guna raket tenis di Hong Kong. FOTO: Agensi
PENUNJUK perasaan prodemokrasi guna raket tenis di Hong Kong. FOTO: Agensi
Agensi

HONG KONG: Penunjuk perasaan di Hong Kong semalam menggunakan raket tenis untuk memantulkan gas pemedih mata yang dilepaskan polis ketika menyuraikan mereka.

Penunjuk perasaan prodemokrasi dilihat turut menggunakan batang besi dan peralatan sukan untuk melindungi diri daripada polis dalam pada ketegangan semakin memuncak di bandar itu.

Perhimpunan di Tsuen Wan Ahad lalu bertukar ganas sebelum polis mengibarkan bendera amaran dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Orang ramai bagaimanapun membalas dengan membaling bom botol dan batu bata, lapor Mail Online.

Sementara itu, AFP memetik polis Hong Kong mendakwa terpaksa menggunakan meriam air serta melepaskan tembakan amaran ke udara untuk menghalang perusuh.

Menurut satu kenyataan, sekumpulan polis dikepung perusuh bersenjatakan bata dan senjata lain.

Seorang anggota kemudian terjatuh selepas dipukul manakala enam rakannya terus mengeluarkan senjata api kerana merasa nyawa mereka terancam. Seorang daripadanya melepaskan tembakan amaran ke udara, kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 10:40 PM