DUA didapati bersalah menjadi pengintip Israel. FOTO: AFP
AFP

TEHRAN: Iran menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas dua orang termasuk seorang warga British yang mempunyai dua kerakyatan selepas didapati bersalah mengintip untuk Israel, kata badan kehakiman, hari ini.

Anousheh Ashouri, seorang wanita dengan kerakyatan British dan Iran, didapati bersalah menyalurkan maklumat kepada agensi perisikan Israel, Mossad dan dipenjara selama 10 tahun, kata jurucakap mahkamah, Gholamhossein Esmaili.

Lelaki warga Iran, Ali Johari turut dipenjara 10 tahun atas pelbagai kesalahan pengintipan termasuk menjalin hubungan meluas dengan Mossad dan bertemu dengan pelbagai elemen yang dikaitkan dengan Zionis,” kata Esmaili yang dipetik laman web badan kehakiman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 8:11 PM