WANITA itu cuba mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian tetapi gagal.
Agensi

KIEV: Seorang isteri yang sering menjadi mangsa dera suaminya bertindak memenggal kepala lelaki itu dan memotong kemaluan mangsa sebelum mencampak organ berkenaan untuk dimakan anjing.

Mail Online melaporkan, Maria, 48, yang berasal dari kampung Obariv di utara Ukraine bertindak demikian sebagai membalas dendam kerana bertahun-tahun menjadi mangsa dera suaminya sendiri.

Maria memberitahu polis, dia terpaksa membunuh suaminya kerana itu adalah satu-satunya jalan untuk menamatkan penderitaannya itu.

Polis memberitahu, Maria membunuh suaminya, Oleksandr, 49, pada 23 Ogos lalu selepas lelaki itu pulang dari kerja malam dan tidur di bilik mereka.

Maria mencekik Oleksandr dengan tangganya hingga mati sebelum memenggal kepala lelaki itu dengan kapak.

Dia kemudiannya menggunakan pisau untuk memotong kemaluan lelaki itu sebelum organ itu dicampak untuk dimakan anjing.

Wanita itu cuba mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian tetapi gagal.

Maria ditahan polis selepas seorang jirannya melihat mayat lelaki itu tanpa kepala dan berlumuran darah di dalam rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 1:04 PM