SEBUAH singa mekanikal terkenal ciptaan Leonardo da Vinci dipamerkan Paris, selama sebulan. FOTO AFP
AFP

PARIS: Sebuah singa mekanikal terkenal ciptaan Leonardo da Vinci dipamerkan Paris, selama sebulan, bagi memperingati sumbangan pencipta dan pelukis terkenal itu, selepas 500 tahun kematiannya.

Singa berukuran dua meter tinggi dan tiga meter panjang serta diperbuat daripada kayu dengan mekanisme logam, dihasilkan semula berdasarkan lakaran asas peninggalan da Vinci.

Ia dihasilkan oleh da Vinci atas arahan Paus Leo X bagi menghiburkan Raja Perancis ketika itu, Francois I.

Da Vinci yang meninggal dunia pada Mei 1519, dipercayai amat meminati elemen terbang pada burung, dan pemahaman terhadap mekanisme itu boleh membawa kepada penciptaan mesin terbang oleh manusia.

Singa berkenaan dipamerkan di Institut Kebudayaan Itali di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 10:05 AM