OPERATOR Metro Paris mengesahkan kereta api berkenaan bergerak tanpa pemandu melangkaui tiga perhentian. FOTO hiasan
AFP

PARIS: Sebuah kereta api tanpa pemandu yang melintasi tiga stesen tanpa henti menimbulkan ketakutan kepada penumpang di sistem bawah tanah Paris.

Operator Metro Paris mengesahkan kereta api berkenaan di laluan 1, yang bergerak tanpa pemandu dan automatik sepenuhnya melangkaui tiga perhentian pada petang semalam.

Insiden itu mencetuskan persoalan di media sosial sehingga melahirkan ketakutan ke atas penumpang.

RATP menerusi akaun Twitter berkata, kereta api itu terlepas tiga stesen kerana masalah teknikal tetapi terhenti selaras prosedur keselamatan.

“Walaupun ia menyusahkan, kami memberi jaminan tiada siapa berada dalam bahaya,” katanya.

Kesatuan menentang dasar saluran metro automatik, dengan berkata hanya pekerja RATP mampu menghentikan kereta api dan memandu secara manual agar dapat memastikan keselamatan penumpang kami.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 10:16 PM