ORANG awam berkumpul di luar pejabat di bandar Istanbul semasa gempa. FOTO AFP
AFP

ISTANBUL: Lapan orang dilaporkan cedera ringan selepas gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda Istanbul, hari ini.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan kecederaan mangsa pada sidang media.

“Beberapa bangunan mengalami sedikit kerosakan,” katanya.

Institut Penyelidikan dan Pemantauan Gempa Bumi Universiti Bogazici dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi berpusat di bandar Silivri yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat Istanbul.

Menurutnya, gempa bumi melanda ibu kota Turki pada jam 1.59 petang waktu tempatan disusuli beberapa gegaran kecil selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 12:32 AM