MESUT Ozil dan Sead Kolasinac.
AFP

LONDON: Seorang lelaki dibicarakan di mahkamah London hari ini kerana cubaan merompak pemain bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac di sini, awal tahun ini.

Ashley Smith, 30, dari Archway di utara London, mengaku bersalah cuba mencuri jam tangan dari dua pemain itu di kejiranan Hampstead di bandar itu pada 25 Julai.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan pertahanan Bosnia, Kolasinac, 26, mengejar dua penyerang memakai topi keledar dan berpakaian gelap.

Bekas pemain tengah Jerman, Ozil, 30, dilihat berada dalam SUV Mercedes hitam sebelum dia dilaporkan berlindung di sebuah restoran Turki.

Hakim Sheelagh Canavan mengarahkan Smith ditahan sehingga dia dibicarakan di mahkamah yang sama pada 1 November.

Jordan Northover, 26, juga didakwa atas kejadian itu dan dijangka hadir di hadapan majistret esok.

Susulan kejadian itu, kedua-dua pemain itu terlepas permulaan musim Liga Perdana Inggeris.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 10:40 PM