HELIKOPTER yang ditembak mati.
AFP

NEW DELHI: Tentera udara India buat kali pertama mengesahkan menembak sebuah helikopter miliknya ketika bertempur dengan Pakistan di Kashmir pada Februari lalu menyebabkan enam terbunuh.

Ketua Marsyal Udara, Rakesh Kumar Bduria berkata, siasatan mahkamah mendapati tentera udara melakukan kesilapan dengan melancarkan peluru berpandu ke arah helikopter miliknya.

“Kami akan memastikan kesilapan sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa depan,” katanya pada sidang media hari ini.

Helikopter itu terhempas pada 27 Februari lalu, sehari selepas tentera mengebom kem yang digunakan kumpulan militan Jaish-e-Mohammed di Balakot, Pakistan.

Ketika itu, tentera India tidak mendedahkan punca kemalangan meskipun pihak media melaporkan ia adalah tembakan mesra.

Persoalan mengenai beberapa pesawat ditembak masih menjadi pertanyaan dengan Pakistan mengatakan menembak dua jet pejuang India.

Namun India mendakwa hanya satu jet ditembak dan turut mengatakan ia berjaya menembak sebuah jet F-16 milik Pakistan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 10:20 PM