X
LI Ka-shing
LI Ka-shing
Agensi

HONG KONG: Individu terkaya Hong Kong akan menderma lebih AS$100 juta (RM418 juta) untuk membantu perniagaan tempatan selepas hab kewangan bandar itu terjejas akibat protes besar-besaran.

Yahoo News melaporkan, Li Ka-shing membuat pengumuman menerusi yayasannya tidak lama selepas Ketua Eksekutif, Carrie Lam mengharamkan topeng muka di tempat awam sebagai langkah terbaru untuk mengawal protes empat bulan yang bertukar ganas itu.

Bilionair berusia 91 tahun itu berkata, perniagaan kecil dan sederhana akan mendapat faedah daripada dana yang diagihkan menerusi kerjasama dengan kerajaan.

“Ia dilakukan selepas ekonomi Hong Kong melalui cabaran yang tidak pernah berlaku,” kata yayasannya dalam satu kenyataan.

Protes yang dicetuskan oleh kemarahan terhadap pemerintahan Beijing menyebabkan ekonomi Hong Kong terjejas teruk ketika bergelut dalam Perang perdagangan secara besar-besaran antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 10:24 PM