Skip this ad x
SAMUEL Little.
AFP

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 79 tahun yang pernah membunuh sekurang-kurangnya 50 orang, menjadikannya sebagai pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam.

AFP yang memetik FBI berkata, Samuel Little mengaku melakukan 93 pembunuhan yang kebanyakannya terdiri daripada mangsa wanita antara 1970 dan 2005.

Walaupun penyiasat hanya boleh mengesahkan pembabitannya dalam kematian 50 orang mangsa namun mereka yakin pengakuan lelaki terbabit boleh dipercayai.

Little dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2014 selepas disabitkan tiga tuduhan bunuh.

Bekas peninju yang turut dikenali sebagai Samuel McDowell itu kali pertama ditahan pada 2012 di pusat perlindungan gelandangan di Kentucky sebelum diekstradisi ke California untuk berdepan tuduhan dadah.

Kemudian, bukti DNA mengaitkannya dengan tiga kes sebelum disabitkan atas kesalahan membunuh tiga wanita di Los Angeles antara 1987 dan 1989.


LAKARAN beberapa orang wanita yang menjadi mangsa pembunuhan Samuel Little. FOTO Agensi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:00 PM