PEMANDANGAN dari udara kawasan yang terjejas teruk akibat taufan. FOTO EPA
PEMANDANGAN dari udara kawasan yang terjejas teruk akibat taufan. FOTO EPA
Reuters

TOKYO: Jumlah kematian akibat Taufan Hagibis meningkat 23 orang, dengan puluhan ribu askar serta anggota penyelamat dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas akibat taufan dianggap antara yang terburuk melanda negara itu sejak beberapa dekad.

Badan penyiar NHK melaporkan 16 orang hilang akibat taufan yang mengakibatkan banjir di kawasan rendah di timur dan tengah Jepun, selain mengakibatkan hampir setengah juta rumah terputus bekalan elektrik.

Lebih 800 penerbangan turut dibatalkan di lapangan terbang Narita dan Haneda di Tokyo, manakala perkhidmatan kereta api Shinkansen atau ‘bullet train’ juga terjejas.

Kira-kira 27,000 anggota pasukan pertahanan Jepun, bomba, polis dan pengawal pantai dikerahkan menyelamatkan orang ramai yang terkandas di Nagano, tengah Jepun.

Menurut NHK kerosakan sebenar masih belum dapat dipastikan kerana banyak kawasan masih ditenggelami air.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 5:44 PM