FOTO HIASAN.
AFP

LAHORE: Mahkamah Pakistan hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas seorang lelaki kerana memuat naik status yang menghina agama di Facebook.

Ia dipercayai adalah kes pertama di bawah undang-undang jenayah siber kontroversial.

Sajid Ali didakwa memuat naik kandungan mencerca dan menghina terhadap tokoh Islam terkenal di rangkaian sosial pada 2017.

Kata-kata cercaan ke atas agama adalah isu sangat sensitif bagi Pakistan Muslim konservatif yang membawa kepada hukuman mati bagi mereka yang dianggap menghina Islam.

Pendakwa raya Munam Bashir Chaudhry memberitahu AFP, Ali adalah orang pertama dibicarakan di bawah seksyen undang-undang jenayah siber, diluluskan pada 2016 yang turut terkandung ucapan kebencian.

Terdapat kes lain membabitkan cercaan dalam talian di Pakistan, termasuk yang berlaku pada 2017 menyaksikan seorang lelaki dijatuhi hukuman mati kerana berkongsi kandungan menghina di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 9:48 PM