SULLI
Reuters

SEOUL: Portal popular Korea Selatan, Daum akan menutup ruang komen di bahagian berita hiburan untuk sementara waktu susulan kematian bintang K-pop, Sulli.

Bekas anggota kumpulan f(x) berusia 25 tahun itu ditemui mati di rumahnya pada 14 Oktober lalu.

Sulli sering menyuarakan secara lantang mengenai buli siber dan polis berkata dia mengalami kemurungan teruk.

Kematian penyanyi itu mencetuskan kesedihan dan gesaan netizen untuk mengekang isu buli siber terhadap bintang K-pop.

Pengendali Daum, Kakao Corp dalam satu kenyataan hari ini berkata, ramai bersetuju kecaman di ruang komen berita hiburan mencapai tahap serius.

Tindakan Kakao menutup ruang komen antara usaha syarikat itu untuk membendung komen negatif seperti kata-kata berunsur kebencian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 4:36 PM