BOBA Fett diperbuat daripada plastik dijangka dijual dengan harga RM2.1 juta.
BOBA Fett diperbuat daripada plastik dijangka dijual dengan harga RM2.1 juta.
Agensi

NEW YORK: Lelongan patung aksi Boba Fett diperbuat daripada plastik yang dianggap barangan koleksi Star Wars paling dicari, dijangka mencatat rekod AS$500,000 (RM2.1 juta) sebelum bidaan ditutup 7 November ini.

Bidaan untuk patung setinggi 3.7 inci yang dilelong melalui hakes.com itu sudah mencapai harga AS$120,000 (RM502,000) mengatasi harga koleksi Star Wars lain sebelum ini yang mencacat harga tertinggi AS$112,926 (RM468,000).

Menurut laporan New York Post, patung Boba Fett itu menjadi amat bernilai kerana hanya 100 unit sempat dikeluarkan sebelum jualannya ditarik balik kerana beg galas di belakang mengandungi misil yang dianggap membahayakan kanak-kanak.

Hari ini, hanya 30 unit patung itu dipercayai masih ada di dunia.

Patung prototaip itu hanya dijual melalui pos sempena tayangan The Empire Strikes Back pada 1980, siri pertama Star Wars.

Dalam filem itu, Boba Fett ialah pemburu yang diupah Darth Vader untuk menangkap Han Solo. Boba Fett muncul sebagai watak animasi di televisyen pada 1978.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 8:35 PM