PELARIAN Rohingya. FOTO AFP
PELARIAN Rohingya. FOTO AFP
AFP

DHAKA: Kira-kira 443 etnik Rohingya di Bangladesh kembali secara sukarela ke Myanmar selepas percubaan menghantar mereka pulang sebelum ini gagal.

Kedutaan Myanmar memuat naik beberapa gambar di Facebook memaparkan seramai 46 orang disambut ketika tiba di negara itu baru-baru ini.

Namun, tarikh kepulangan 397 orang lagi tidak dinyatakan.

Setakat ini Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh belum memberi komen mengenai kenyataan kedutaan Myanmar dan Menteri Luar Negeri A.K Abdul Momen berkata Dhaka akan mengesahkan dakwaan itu.

Pemimpin etnik Rohingya menolak untuk pulang ke Myanmar tanpa diberikan jaminan keselamatan dan kerakyatan.

Usaha menghantar kumpulan minoriti Islam itu ke Myanmar sebelum ini gagal apabila tiada yang muncul.

Bangladesh kemudian bertindak menyekat kemudahan internet di kem penempatan Rohingya dan mengumumkan perancangan untuk memasangkan pagar kawat berduri di sekelilingnya.

Pihak berkuasa turut merancang untuk memindahkan ribuan etnik itu ke sebuah pulau di Bay of Bengal pada bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 11:09 PM