Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas menyertai pertandingan makan 50 biji telur di Uttar Pradesh, India.

Menurut polis, kejadian berlaku di pasar Bibiganj di daerah Jaunpur apabila mangsa, Subhash Yadav, 42, menyahut cabaran rakannya untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah 2,000 rupee (RM112) itu.

Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika memakan telur yang ke-42, lapor Gulf News.

Subhash kemudiannya dikejarkan hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira beberapa jam selepas itu.

Doktor mengesahkan kematiannya akibat komplikasi kesan pengambilan telur yang terlalu banyak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 11:01 PM