KEJADIAN berlaku di daerah Mohammad Agha iaitu berhampiran wilayah Logar.
Reuters

LOGAR (Afghanistan): Tiga hakim dan seorang kakitangan mahkamah maut di Afghanistan hari ini selepas kumpulan militan Taliban menahan kereta mereka dalam serangan terbaru terhadap sistem perundangan negara itu, kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap kepada gabenor di timur wilayah Paktia, Abdullah Hasrat berkata, kejadian berlaku di daerah Mohammad Agha iaitu berhampiran wilayah Logar.

“Mereka menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh di pos pemeriksaan Taliban,” katanya.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu ketika mangsa memandu ke Kabul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 9:22 PM