ORIGAMI burung kren di tampal pada dinding Unit Rawatan Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong. FOTO AFP
AFP

HONG KONG: Pelajar universiti yang cedera akibat terjatuh dari tempat letak kereta dalam pertembungan pada Isnin lalu meninggal dunia di hospital hari ini.

Alex Chow, 22, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth pada Isnin lalu selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedar diri di tempat letak kereta.

Sumber berkata doktor melakukan dua pembedahan bagi mengurangkan bengkak dalam otak Chow.

Pada Ahad lalu, polis menembak gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan membaling objek dari bangunan letak kereta bertingkat itu.

Penunjuk perasaan mendakwa pelajar Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong itu terpaksa memanjat ke belebas bangunan bagi mengelak dari terkena gas pemedih mata.

Menurut polis dalam satu kenyataan, udara di lokasi Chow ditemui kurang dicemari gas pemedih mata.

Polis turut menafikan dakwaan mereka mengganggu tugas paramedik dari memberi rawatan kecemasan kepada Chow atau menghalang ambulans dari membawa pelajar itu ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 1:22 PM