AFP

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengharamkan penggunaan dan import rokok elektronik (e-rokok), menyertai beberapa negara dengan menetapkan beberapa peraturan anti-merokok paling berat di Asia.

“Saya akan mengharamkannya, penggunaan dan pengimportan. Anda tahu kenapa? Kerana ia toksik.

“Kini ia dikenali sebagai rokok elektronik. Lebih baik hentikan atau saya akan perintahkan tangkapan ke atas anda walaupun jika anda merokok di dalam bilik,” kata Duterte di khalayak ramai.

Duterte turut mengarahkan penguatkuasa menahan sesiapa yang dilihat menggunakan vape di tempat awam.

Larangannya diperhebatkan selepas pihak berkuasa kesihatan Filipina melaporkan kecederaan paru-paru pertama negara itu dikaitkan dengan vape, menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 12:27 PM