‘BUCKSHOT’ (kiri) dan ‘birdshot’.
AFP

SANTIAGO: Polis Chile hari ini berkata, mereka menggantung penggunaan ‘birdshot’ (sejenis pelet peluru paling kecil) ketika protes di jalanan susulan bantahan terhadap kecederaan mata dialami lebih 200 penunjuk perasaan.

Keputusan itu diumumkan ketua polis Carabinero, Mario Roza, selepas sebulan protes terhadap ketidaksamaan sosio-ekonomi dan beberapa masalah lain.

Menurut polis, pelet birdshot diperbuat daripada getah tetapi berdasarkan beberapa kajian ia turut mengandungi logam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 1:03 PM