GAMBAR hiasan.
AFP

MEXICO CITY: Seramai 10 warga Mexico menerusi kerajaan Mexico mengambil tindakan undang-undang hari ini, terhadap Walmart susulan kejadian tembak pada Ogos lalu di sebuah kedai di El Paso, Texas.

Kejadian itu menyaksikan seorang pelampau kulit putih disyaki membunuh 22 orang keseluruhan.

“Objektif saman yang dikemukakan itu bertujuan meminta peruncit berkenaan bertanggungjawab kerana tidak mengambil langkah sewajarnya melindungi pelanggan.

“Plaintif tidak hanya mencari keadilan untuk diri mereka malah keselamatan orang awam.

“Saman itu dibawa oleh mangsa serangan, saudara-mara dan keluarga mangsa,” kata Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan.

Kenyataan kementerian itu tidak memberitahu alasan plaintif yang mahu Walmart bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada September lalu, Walmart memberitahu akan menghentikan penjualan peluru untuk pistol dan beberapa senapang gaya tentera di semua kedainya dengan melabelkan status quo pada senjata api di Amerika Syarikat ‘tidak boleh diterima’.

Gergasi runcit itu juga berkata, akan menghalang pelanggan daripada membawa senjata api dalam kedainya namun serangan tembakan masih berterusan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 12:33 PM