KEADAAN bayi kembar berkepala dua.
Agensi

NEW DELHI: Seorang ibu pengsan kerana terlalu terkejut selepas bayi kembar siam yang baru dilahirkannya mempunyai dua kepala, tiga tangan dan satu badan.

Babita Ahirwar, 21, dan suaminya, Jaswant Singh Ahirwar, 25, diberitahu mereka bakal dikurniakan bayi kembar ketika usia kandungan 35 minggu.

“Isteri saya pengsan ketika kali pertama dia melihat bayi kami ini. Kami terkejut dia menakjubkan. Kami tidak percaya anak kami mempunyai dua kepala.

“Ketika imbasan ultrabunyi kami dimaklumkan akan mendapat bayi kembar. Kami sangat gembira dikurniakan anak tetapi bayi dengan dua kepala, tak dapat kami gambarkan,” kata Ahirwar.

Bayi itu yang memilik dua kepala berasingan tetapi berkongsi organ dalaman yang sama dan kini dipantau rapi oleh doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 12:08 AM