PASUKAN antipengganas Barkhane melancarkan serangan udara dalam satu operasi di utara Mali. FOTO AFP
AFP

PERANCIS: Seramai 13 anggota tentera Perancis daripada pasukan antipengganas Barkhane terbunuh di Mali selepas dua helikopter bertembung dalam kejadian semalam.

Insiden itu berlaku ketika pasukan berkenaan bertempur dengan pengganas dalam satu operasi di utara Mali.

Pengganas mula melancarkan beberapa serangan maut di utara negara itu sejak beberapa minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 5:19 PM