GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

MEXICO CITY: Pasukan keselamatan Mexico menembak mati lima suspek dalam satu kejadian tembak menembak dengan kumpulan pengedar dadah di bandar berhampiran sempadan Amerika Syarikat semalam.

Pejabat Peguam Negeri Coahuila dalam kenyataan memberitahu, pihak berkuasa menembak mati lima suspek ketika pertempuran di pekan kecil Villa Union, kira-kira 65 kilometer ke barat daya negeri Piedras Negras.

Sekitar tengah hari, bunyi tembakan senjata berat kedengaran, dan konvoi trak membawa anggota bersenjata dilihat bergerak ke Villa Union.

Beberapa video yang dirakam dan disiarkan di media sosial menunjukkan asap yang menjulang dari pekan itu.

Beberapa gambar kenderaan terbakar dan pejabat Datuk Bandar Villa Union yang ditembusi peluru turut disiarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 10:24 AM