OPERASI menyelamat giat dijalankan di lokasi kebakaran. FOTO Agensi
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh selepas sebuah kilang empat tingkat di sini terbakar dengan pihak berkuasa menjangka angka kematian mungkin meningkat, kata polis hari ini.

Kebakaran berlaku pada awal pagi tadi di bahagian bandar ini yang sibuk dan padat dengan bangunan yang menempatkan kilang kecil dan tempat penyimpanan.

“Kami menyelamatkan kira-kira 50 orang,” kata ketua bomba New Delhi, Sunil Choudhary.

Katanya, ramai pekerja tidur di dalam kilang setinggi empat tingkat itu.

“Api berjaya dipadamkan tetapi operasi menyelamat masih dilakukan,” ujarnya.

Choudhary memberitahu, bomba berdepan kesukaran untuk memasuki premis yang gelap dan sempit yang terletak di Sadar Bazar itu.

Kilang itu dipenuhi dengan beg sekolah dan bahan pembungkusan.

Menurutnya, punca kebakaran itu masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 1:04 PM