Agensi

LAHORE: Sekurang-kurangnya 12 orang mati dan puluhan lagi cedera selepas berlaku konfrontasi membabitkan keganasan antara peguam dan doktor dari Institut Kardiologi Punjab (PIC), di sini, semalam.

India Today melaporkan, lebih 100 peguam menyerang doktor PIC bagi membalas perbuatan doktor yang didakwa menyerang rakan mereka.

Konfrontasi ganas menyebabkan hospital mengalami rosak teruk apabila kumpulan peguam itu bertindak memecahkan tingkap dan peralatan di hospital termasuk ICU.

Doktor mendakwa sekurang-kurangnya 12 orang termasuk pesakit yang dalam kritikal meninggal dunia, manakala 25 yang lain cedera parah dalam serangan berkenaan.

Menteri Penerangan Punjab, Fayaz Chouhan turut diserang peguam.

Walaupun penyelesaian sudah dicapai, kumpulan peguam berkenaan datang beramai-ramai sebelum melakukan serangan ke atas hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 11:05 AM
FOTO Agensi.
FOTO Agensi.