NOBLE ketuai agensi perisikan Australia buat kali pertama. FOTO The Australian
Reuters

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini mengumumkan pelantikan seorang wanita untuk mengetuai agensi perisikan negara itu buat kali pertama.

Rachel Noble dilantik sebagai ketua pengarah Direktorat Isyarat Australia (ASD) yang memintas komunikasi elektronik dari negara asing.

“Pelantikannya untuk jawatan ini adalah langkah bermakna yang memperkasakan wanita dalam sektor keselamatan nasional dan kami mengucapkan tahniah kepadanya,” kata Morrison dan Menteri Pertahanan, Linda Reynolds dalam satu kenyataan.

Noble yang akan memulakan tugas baharu pada Februari 2020, bakal menerajui ASD ketika Australia semakin prihatin terhadap serangan siber.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 4:17 PM