TONI-Ann dinobatkan sebagai johan Miss World 2019. FOTO Reuters
AFP

LONDON: Penuntut jurusan psikologi, Toni-Ann Singh dari Jamaica dinobatkan sebagai johan pertandingan ratu cantik dunia, Miss World 2019 diikuti Ratu Perancis dan Ratu India yang meraih tempat kedua dan ketiga dalam satu acara di London.

“Untuk gadis kecil di St Thomas, Jamaica dan semua gadis di seluruh dunia, percaya kepada diri sendiri.

“Ketahuilah bahawa anda sangat berharga dan mampu mencapai semua impian. Mahkota ini bukan kepunyaan saya tetapi milik anda semua,” kata Toni-Ann, 23, di Twitter.

Mahkota gadis jelita itu dipakaikan oleh pemenang tahun lalu iaitu Ratu Mexico, Vanessa Ponce de Leon.

Toni-Ann adalah wanita Jamaica keempat berjaya memenangi gelaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 4:25 PM