PIHAK berkuasa melakukan siasatan di tapak kubur di Jalisco. FOTO AFP
AFP

GUADALAJARA: Sekurang-kurangnya 50 mayat ditemui dikuburkan beramai-ramai di sebuah ladang di Guadalajara di Mexico barat, kata pihak berkuasa tempatan.

Tapak mengerikan itu ditemui selepas lebih tiga minggu lalu perkara serupa di jumpai di Jalisco, antara kawasan ganas yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Pejabat pendakwa raya tempatan berkata, 12 mayat lelaki dan seorang wanita sudah dikenal pasti dan mayat mereka diserahkan kepada ahli keluarga.

“Proses mengenal pasti lebih banyak mangsa dan punca kematian akan diteruskan,” katanya.

Pada 3 September lalu, 34 mayat ditemui dalam sebuah kubur besar di pinggir Guadalajara manakala satu lagi perkuburan dijumpai berdekatannya dengan 30 mayat pada Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 4:57 PM