FOTO hiasan
FOTO hiasan
Agensi

BANGALORE: Seorang lelaki di India membunuh diri kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang terlalu boros berbelanja.

Agensi ANI melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Srinad bekerja di sebuah syarikat di sini dan isterinya turut bekerja di tempat yang sama.

Polis memberitahu, Srinad ada membuat pinjaman wang di bank untuk membeli sebuah apartmen dan baki wang itu digunakan untuk perbelanjaan lagi.

Bagaimanapun, isterinya menggunakan wang baki itu untuk berjoli dengan membeli beberapa barangan mewah.

Selain itu, wanita itu sering memperlekehkan Srinad dan mendesaknya menukar nama apartmen berkenaan atas nama bapanya.

Kerana tidak tahan dengan sikap isterinya dan penghinaan itu, Srinad bertindak menggantung diri di apartmen berkenaan.

Menurut polis, isteri Srinad dan keluarganya kini disiasat kerana disyaki memaksa mangsa membunuh diri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Disember 2019 @ 8:34 PM