SERAMAI 4,000 mangsa terperangkap di pantai berdekatan bandar Mallacoota akibat kebakaran itu.  FOTO: Jonty Smith dari Melbourne
SERAMAI 4,000 mangsa terperangkap di pantai berdekatan bandar Mallacoota akibat kebakaran itu. FOTO: Jonty Smith dari Melbourne
AFP

SYDNEY: Ribuan pelancong dan penduduk tempatan menjadikan pantai di tenggara Australia sebagai tempat tidur pada sambutan malam tahun baru, susulan kawasan itu dilanda kebakaran yang memusnahkan kawasan pelancongan terkenal.

Orang ramai memenuhi pantai di sepanjang 200 kilometer, agar dilindungi daripada bencana malah ada yang berlayar ke laut untuk menyelamatkan diri.

“Kami diberitahu orang ramai akan tidur di kelab ini. Kami jangkakan hampir 500 orang atau lebih cuba akan tidur di dalam dan di sekitar kelab pelayaran kami,” kata Steven Pearce daripada Surf Life Saving Australia kepada ABC.

Sekurang-kurangnya 4,000 mangsa terperangkap di pantai berdekatan bandar Mallacoota akibat kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 8:49 PM