X
Rakyat Iran menyertai demonstrasi di jalanan selepas solat Jumaat hari ini sebagai bantahan jenayah dilakukan Amerika Syarikat yang menyebabkan kematian Komander Kanan Iran, Qasem Soleimani di Baghdad. - AFP
Rakyat Iran menyertai demonstrasi di jalanan selepas solat Jumaat hari ini sebagai bantahan jenayah dilakukan Amerika Syarikat yang menyebabkan kematian Komander Kanan Iran, Qasem Soleimani di Baghdad. - AFP
AFP

TEHRAN: Beribu-ribu orang awam membanjiri jalan di Tehran sebagai protes terhadap ‘jenayah’ yang dilakukan Amerika Syarikat.

AFP melaporkan, penduduk Tehran melaungkan ‘Kematian ke atas Amerika’ selepas solat Jumaat hari ini sambil membawa poster Komander Kanan Iran, Qasem Soleimani yang terbunuh bersama timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi di Baghdad.

Malah, terdapat juga sebahagian lelaki dan wanita yang menyertai protes berkenaan membawa gambar pemimpin Iran,

Ayatollah Ali Khamenei.

Agensi berita tempatan turut melaporkan demonstrasi sama turut berlangsung di Arak, Bojnourd, Hamedan, Hormozgan, Sanandaj, Semnan, Shiraz dan Yazd.

Sementara itu, laporan sebelum ini menyebut kedutaan Amerika Syarikat menggesa semua rakyatnya untuk meninggalkan Iraq serta-merta.

Ia susulan serangan roket oleh Amerika Syarikat di lapangan terbang antarabangsa di sini, yang mengorbankan Komander kanan Iran, Qasem Soleimani dan timbalan ketua pasukan tentera Iraq, Hashed Al Shaabi.

“Berdasarkan situasi tegang di Iraq dan rantau itu, Kedutaan Amerika Syarikat menggesa rakyat Amerika untuk mematuhi Nasihat Perjalanan Januari 2020 dan meninggalkan Iraq serta-merta.

“Mereka perlu meninggalkan negara itu, jika boleh, menerusi pengangkutan udara atau menerusi ke negara lain melalui jalan darat,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 8:18 PM