Kebimbangan kenaikan harga minyak mentah dunia selepas krisis AS-Iran semakin meruncing. Foto Reuters
Kebimbangan kenaikan harga minyak mentah dunia selepas krisis AS-Iran semakin meruncing. Foto Reuters
AFP

HARGA minyak dunia melonjak semalam selepas serangan Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan jeneral tertinggi Iran terbunuh.

Pasaran stok global ditutup bercampur-campur susulan pembunuhan Qasem Soleimani, namun harga minyak meningkat lebih tiga peratus.

Di Washington, seorang wakil Pentagon berkata, AS akan menghantar sekurang-kurangnya 3,000 tentera tambahan ke Timur Tengah selepas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengumumkan ‘balas dendam dahsyat’ di atas kematian Soleimani.

Ahli Ekonomi Oxford berkata, pembunuhan Soleimani mewakili “peningkatan besar dalam risiko geopolitik dan boleh membawa kepada konfrontasi langsung antara AS dan Iran“.

“Terdapat juga risiko besar bahawa Iran boleh melancarkan serangan sasaran terhadap kapal AS di rantau ini, yang boleh mengganggu penghantaran minyak mentah melalui jalan laut dan menyebabkan kenaikan harga," katanya.

Malah, saham di syarikat penerbangan berpengkalan di AS juga merosot berikutan kebimbangan kenaikan harga minyak.

Dianggarkan harga minyak meningkat sehingga AS$3 (RM12.30) setong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 11:57 AM