Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

ENAM orang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas konvoi yang membawa beberapa komander Hashed al-Shaabi atau Unit Mobilisasi Popular (PMU) di utara Baghdad.

Agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media tempatan, Al-Sumaria TV pada hari ini melaporkan ketika serangan, konvoi itu berada di wilayah Taji.

Ia berlaku sejurus selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang membunuh komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran Qasem Soleimani dan komander kanan Hashed al-Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis.

Sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu belum dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 3:43 PM