Bayi berusia tujuh bulan dipercayai maut selepas dibiarkan tidur dalam kereta sorong bayi dalam cuaca sejuk di luar rumahnya. - FOTO Agensi
Bayi berusia tujuh bulan dipercayai maut selepas dibiarkan tidur dalam kereta sorong bayi dalam cuaca sejuk di luar rumahnya. - FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Seorang bayi berusia tujuh bulan maut selepas ibunya membiarkannya tidur di dalam kereta sorong bayi di anjung kediamannya, dalam kejadian di timur Rusia, Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, bayi berkenaan terdedah pada suhu -20C selama lima jam di daerah Khabarovsk, selepas ibu bapanya meletakkannya di luar untuk 'tidur dalam udara segar'.

Media tempatan melaporkan, ibunya yang berusia 40 tahun dari Nikolaevsk-on-Amur, meletakkan anaknya di anjung rumah dan merancang untuk membawa masuk bayi berkenaan dalam beberapa minit.

Namun, dia dilaporkan terlupa mengenai anaknya dan hanya sedar lima jam kemudian.

Bagaimanapun, apabila dia membawanya ke dalam, bayi itu dipercayai sudah meninggal dunia.

Media Rusia melaporkan punca kematian bayi itu adalah akibat hipotermia, yang berlaku akibat pendedahan kepada kesejukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 8:22 PM