KLAUSER tergantung di lereng gunung Khao Ok Thalu. FOTO Reuters / Freedom Team Drone
Reuters

PENERJUN BASE terperangkap beberapa jam di lereng gunung selepas payung terjunnya tersangkut pada batu bercerancang di Thailand, Isnin lalu.

Penduduk tempatan memaklumkan pihak berkuasa selepas melihat warga Austria, Johannes Klauser tergantung dari payung terjunnya di gunung Khao Ok Thalu di Phatthalung.

"Dia tergantung pada ketinggian kira-kira 175 meter... selama lima hingga enam jam sebelum diselamatkan," kata Apisak Ratchakwan yang menggunakan kamera dron untuk mengenal pasti lokasi Klauser.

Seorang pendaki warga Thailand berjaya menakik turun kira-kira 200 meter ke lokasi Klauser sebelum mengeluarkannya dan membolehkannya meneruskan penuruan menggunakan tali.

Gunung Khao Ok Thalu terkenal sebagai tumpuan penerjun BASE sejak tahun lalu, kata Apisak.

Penerjun BASE membuat terjunan dari objek tinggi dan statik mengikut empat kategori atau objek tetap yang menjadi pilihan iaitu ‘building’ (bangunan), ‘antenna’ (antena), ‘span’ (jambatan) dan ‘earth’ (tebing tinggi) .

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 10:02 PM