GAMBAR tasik yang 'hilang' diambil oleh imej radar satelit ICEYE SAR. FOTO ICEYE
GAMBAR tasik yang 'hilang' diambil oleh imej radar satelit ICEYE SAR. FOTO ICEYE
Agensi

MANILA: Tasik Taal yang mengelilingi kawah gunung di wilayah Batangas, Filipina hampir lenyap sepenuhnya akibat letusan gunung berapi.

The Washington Post melaporkan, saintis sedang memantau perkembangan tasik itu yang terletak kira-kira 65 kilometer ke selatan Manila sebagai ancaman gunung berapi selepas membebaskan awan debu panas sehingga 15 kilometer ke permukaan udara, akhir minggu lalu.

Tasik Taal yang mengelilingi Pulau Volcano, mempunyai sejarah geologi yang serupa dengan Crater Lake di Oregon.

Ia terbentuk apabila letusan purba menghasilkan gua dalam tanah menjadi ruang magma kosong di bawah.

Taal meletus lebih daripada 30 kali dalam tempoh lima abad.

Letusan kira-kira 3,500 tahun yang lalu adalah serupa dengan skala letusan Gunung Pinatubo pada 1991 yang terletak berdekatan di Filipina.

Letusan itu membunuh beratus-ratus orang dan kajian menunjukkan walaupun letusan gunung berapi yang agak kecil berlaku di kawasan tropika seperti Taal, boleh mempunyai pengaruh penyejukan jangka pendek terhadap iklim global.

Gambar tasik yang 'hilang' diambil oleh imej radar satelit ICEYE SAR yang menunjukkan keadaan tasik sebelum dan selepas fasa letusan Taal.

Satelit radar lain seperti Sentinel-1 turut digunakan untuk mengesan bagaimana perubahan sekitar gunung berapi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 6:55 PM